Monday, July 14, 2008

Ketika tidur yang mahu dilelapkan


ketika tidur yang mahu dilelapkan
esok tiada menjelma pagi
lena berbisik;

“anyamkan cahaya bulan,
biarkan mengambang gayut
di purnama!”

awan hitam yang lebat
akan menjadi telaga
menyusur perahu
ada layar,
ada kemudi,
angin gelap
memakan hitam
kocakan air menjadi lapar,
menjadi terganga,
seorang petapa berbisik dengan suara nyaring
ketika melintasi
sebuah teluk indah;

“layar itu telah lama carik,
kemudiannya
akan tetap mati!”
anak kapal merayu,
bertanya bertalu
tentang ceritera
laluan pulang
petapa hilang
diterbangkan sehelai layar keemasan
ketika lelap disedarkan
matahari hembur cahaya
rerumput manja-manja.


Beayon
Disember 2003


Bandaraya Kuching









No comments: