menjenguk dalam perigi yang tebingan; dikelilinggi ilalang dan ada yang menunduk, menjamah air yang dingin ia terkejut melihat wajahnya yang semakin gebu – ketika riak-riak manja oleh kilasan puyu entah sepat atau toman, mahupun haruan jantung meraung ketika terkukur menyusup, sempat mengerling, menjenguk perigi; “barangkali akan mengkhabarkan kepada ular bahawa; menikung darah tersirap! dalam perigi menggigil ruangan, dasar perigi, kata-kata bisu dan minta dikosongkan dalam perigi langit, angin, wajah, menjadi hitam dia ingin cepat-cepat pulang mencari namanya yang sudah kelupaan sementara nada jam dan derap semakin putih. Beayon Mac 2004 Stadium Sarawak |
Monday, July 14, 2008
Perigi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment